Monday, August 16, 2010 | By: fEnDi nEtWoRk

~Kisah Rasul : Adam diarak malaikat 100 tahun~

Pada suatu ketika, Allah menitahkan malaikat Jibrail ke bumi mengambil sebahagian tanahnya mencipta Adam.

Tetapi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi bimbang Adam akan melakukan maksiat kepada Allah.

Lalu jibrail kembali menemui Allah, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Kemudian Allah memerintahkan malaikat Mikail, jawapan bumi tetap sama dan Allah menitah malaikat Israfil, tetapi bumi masih enggan dan masing-masing kembali dengan tangan penuh hampa.

Lalu yang terakhir Allah memerintahkan malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah, " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.

Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau undur. Katakan engkau melakukannya atas perintah dan nama-Ku. "

Apabila Izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya di ambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman : " Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah dan kelak Ku- tugaskan Kau mencabut nyawa roh manusia.

Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman : "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian itu bersebab, terbunuh, terbakar atau sakit."

Tanah bagaimana dijadikan Adam ?

1. Tanah tempat berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah (Babylon )
10. Tanah India
11. Tanah Syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibn Abbas :

1. Kepala Adam dari Baitul Muqadis kerana di situlah berada otak manusia dan akal
2. Telinganya dari Tanah Tursina kerana dia alat mendengar dan menerima nasihat
3. Dahinya dari Tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dar Tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan kecantikan.
5. Matanya dari Telaga Al-Kautsar kerana tempat menarik perhatian
6. Giginya dari Tanah Al-Kautsar, tempat manis
7. Tangan kanannya dari Tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia
8. Tangan kirinya dari Tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari Tabah Babylon, Di situlah tempat seks berahi dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia kedalam lembah dosa.
10. Tulangnya dari Tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia
11. Hatinya dari Tanah Syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu dan kemahuan
12. Dua kakinya dari tanah India, untuk berjalan dan berdiri.
13. Lidahnya dari Tanah Ta'if, tempat mengucap syahadah, bersyukur dan mendoakan kepada Allah.

Bagaimana Prosesnya :

1. Ketika Allah menjadikan Adam, tanah itu bercampur dengan air masin, air tawar, air hanyir, angin api kemudian Allah resapkan Nur ke dalam diri Adam dengan pelbagai sifat.
2. Lalu tubuh adam digenggam dengan genggaman "Jabarut" dan diletakkan di alam "Malakut"
3. Sesungguhnya tanah yang dijadikan untuk tubuh Adam adalah tanah yang terpilih. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari Nur sifat Allah dan dirasmi dengan air hujan " Barul Uluhiyah"
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan ke dalam air "kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat " Jalam dan Jammal". Lalu dicipta tubuh Adam dengan sempurna.
5. Demikian pula rohnya, ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia malas dan enggan, malah berputar-putar mengelilingi patung Adam yang terlantar.

Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya ia menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam dimasukkan ke dalam syurga, sangat baik sekali kulitnya, tidak seperti warna kulit kita sekarang.

Kerana Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan warna kulitnya. Sebagai peringatannya yang masih tinggal warnanya adalah ada pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulit hitam, warna kukunya adalah sama saja ialah putih kemerahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.

7 buah liang di kepala dan 2 buah liang di bawah badan letaknya.
7 buahnya terletak di kepala : dua liang mata, dua liang idung, dua liang telinga dan sebuah liang mulut.

Yang dua macam liang di bawah adalah sebuah liang kemaluan dan dubur.

Dijadikan pula 5 Pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota lainnya seperti kulit, telapak tangannya, untuk merasa halus, kasar dsb

Selapas roh masuk tubuh Adam perlahan - lahan sehingga kepalanya yang mengambil masa selama 200 tahun.

Demikianlah Allah memberi kekuatan Izrail memasukkan roh ke tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah Adam sekarang ditugaskan untuk mencabut nyawa manusia.

Selepas meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kanan dan ke kiri.

Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih adalah tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu Adam mendengar malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Ketika roh sampai ke hidungnya lali ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah mengajarnya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam yang pertama kepada Allah.

Lalu Allah berkata :"Yarkhamukallah" yang ertinya :"semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap " Alhamdulillah " dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai ke dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras.

Di sini menunjukkan sifat manusia yang tergesa-gesa ( tidak sabar ). sebagaimana firman Allah yang bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa"

Maka, ketika roh itu sampai ke perutnya, terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasa lapar.

Kemudian terus roh itu meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, kian lama kian bagus dan halus.

Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah adalah jenis makhluk yang pertama.

Wajahnya cukup cantik, semua malaikat kagum melihat Adam yang menawan. Adam diarak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertam hinggalah ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

0 comments:

Post a Comment