Sunday, January 23, 2011 | By: fEnDi nEtWoRk

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran


Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

- Artikel iluvislam.com

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA



Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda. Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita. Kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin. Cuba cek tapak tangan masing-masing, kalau yang suka marah-marah tu mungkin angin dalam badan banyak. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.



Selain itu, pernah tak sahabat-sahabat mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab? Jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya, ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. Cuba sahabat-sahabat tengok pada kuku setiap jari anda. Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tetapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat, Insya Allah...

ITULAH SAHAJA YANG SAYA PELAJARI MENGENAI RAHSIA PENYAKIT DI SEBALIK TAPAK TANGAN....wallahu`alam...

(sama2 kita renungkan ini: Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit,tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang).
~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA....:-)~

Dikongsi oleh : "khair isma" june_1667@yahoo.com

Buih Cinta Kepada Tuhanku Allah

Buih Cinta Kepada Tuhanku Allah
www.iluvislam.com
Oleh : Aftiey
Editor : doraemong13


Hari-hari yang ku lalui penuh dugaan. Sebagai pelajar agama , dugaan 'Virus Merah' menjadi salah satu faktor aku bermuram durjana. Pergi ke sekolah dengan keadaan tidak selesa dan muka masam mencuka. Kawan-kawanku ada juga yang bertanya. Pernyataan mereka tidakku jawab. Aku hanya mendiamkan diri. Biarlah rahsia.

Kawan-kawanku ada yang mula memerhatikan sikapku. Sama sekali berubah. Daripada banyak berceloteh, sehingga senyap. Mereka tanya sepatah, aku jawab sepatah. Dalam hatiku , entah kenapa. Rasanya seperti tiada pengisian.

Hal-hal cinta ini semakin rancak apabila umurku 15 tahun. Kata orang umur 15 tahun memang zaman mencuba. Tapi adakah aku perlu mencuba bercinta? Sesekali soalan itu menjengah ke dalam kotak fikiran. Sebagai seorang remaja, sememangnya soalan sebegitulah yang menemaniku setiap hari. Namun ku biarkan tanpa jawapan.

Seawal tingkatan 4, aku mengenali seseorang. Pastinya dia adalah seorang lelaki. Saat itu aku rasa duniaku berbunga-bunga. Seperti 'Aku Yang Punya' . Oh, indahnya cinta. Aku mula mengenalinya.

Mula-mula kawan. Aku mengajak dia ke arah kebenaran. Malangnya, sekadar kata-kata kosong, aku rasa dia langsung tak ikut. Aku tak tahu nak buat apa. Kata dia, dia nak berubah kalau aku yang ajar dia jadi baik. Ok. Aku ajar dia, cakap elok-elok. Berdakwah. Dalam diam-diam aku juga turut menyimpan perasaan.

Semakin hari, hubungan kami semakin rapat. Akhirnya, dia meluahkan perasaan. Tanpa pengetahuan yang begitu mendalam, aku solat hajat banyak-banyak, minta ketenangan. Tapi, keresahan yang ku dapat.

Lalu aku memutuskan untuk menukar nombor telefon. Aku tinggalkan dia di belakang. Tapi, aku tekad. Ini adalah cara yang terbaik. Dan selepas itu, ku tidak lagi berpaling ke belakang, tidak lagi menghubunginya kembali atau mengingati. Semuanya telah aku lupakan. Pertolongan Allah. Siapa tahu?

**********




Hakikat cinta sebenar


Tahun berikut.

Aku rasa diriku semakin terisi dengan nilai-nilai agama. Alhamdulillah, berkat kesungguhanku untuk berubah lebih baik. Namun, dugaan tidak terhenti di situ saja. Sampai satu masa, aku mengenali seorang lelaki yang bernama 'E' (bukan nama sebenar).

Meskipun dia lebih tua dariku, tapi bagiku dia banyak ilmu. Sejak itu aku rasa ingin 'berguru' dengannya. Seringkali dia menghantar 'wasiat Islam' kepadaku. Membuatkan aku hampir jatuh cinta. Siapa tak nak orang soleh kan? Tapi satu hari, dia berkias menyatakan perasaannya kepadaku. Aku jadi serba salah. Kebetulan ayahku baru pulang dari majlis ilmu. Membawa pulang buku '1001 Soal Jawab Wanita Dan Agama'.

Ku belek buku setebal 2 inci itu, dan membaca. "Astaghfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM? Berdosa besar?".

Sebenarnya, aku juga tahu tentang hal itu, tapi tidak menyeluruh. Mungkin, buku ini penyumbang hidayah kepada diriku yang selalu lalai ini. Desis hatiku. Terasa sangat berdosa rasanya! Bagaimana akanku hadapi neraka nanti? Sungguh, hal itu membuka mataku seluas-luasnya agar terhindar dari perbuatan zina hati terutamanya.

**********

Esoknya.

Aku memberitahu E bahwa aku ingin mengutus sepucuk emel kepada dia. Sebelum itu, aku menghulurkan kata maaf atas segala silapku. Ku taip emel itu. Memang terasa beratnya. Lalu ku tekan send.

Antara isi emel tersebut :

Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki Mukmin dan perempuan Mukmin apabila Allah dan rasulnya menetapkan satu ketetapan, akan ada bagi pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan sesiapa menderhakai Allah dan rasulnya maka sungguhlah di a telah sesat, sesat yang nyata. (Surah Al Ahzab 33:36)

Ku tundukkan wajah, tanda puas. Keredhaan Allah mesti aku cari.

Selama 2 jam duduk berbalas Twitter tiba-tiba kepalaku terasa berat. Pening. Sakit tekak. Yang penting, demam! Ya Allah, demam yang jadi? Apakah diriku terlalu berat atau ini cuma kafarah dosa sahaja? Natijahnya biar Allah yang tentukan.

********


Monyetnya cinta kita


2 hari selepas itu.

Entah kenapa, selepas kesembuhanku dari demam, aku hanya mengingati mati. Tiada yang lain. Aku termenung, duduk, bangun, semuanya terlintas hal MATI. Mungkinkah aku akan mati sekejap lagi? Masyaallah! Berandaian itu membuka pintu syaitan!

Ku ubah hala niatku, mungkin akalku inginkan 'makanan' hari ini. Nabi juga ada bersabda:

"Orang yang mengingati mati adalah orang yang bijak"

Aku dan keluarga berangkat ke majlis ilmu yang berlangsung di Kelantan. Kami sampai di rumah jam 11 malam. Oh, penat. Adik-adikku semuanya sudah tidur dibuai mimpi. Aku yang masih belum menunaikan solat Isyak, cepat-cepat menunaikanya. Ku sentuh dahiku. "Oh, masih demam lagi rupanya".

Sesudah solat Isyak, aku duduk diantara dua sujud, dan berdoa, kemudian mengaminkan. Tiba-tiba, hatiku sakit. Rasa derita. Teringat mati lagi. Ingatanku pada hari itu sungguh kuat, lain daripada biasa. Memandangkan wudhu'ku yang masih lagi belum terbatal. Segera aku menunaikan solat Isyak untuk kali kedua. Untuk mengqada'kan solatku yang lepas. Sungguh berdosa diriku ini.

Alunan doa syahduku perdengarkan, kepada tuhan aku pohonkan.

Ya Allah, sesungguhnya kaulah yang maha pengasih lagi mengetahui tentang diriku. Hamba seperti fakir miskin yang meminta diberikan sedekah. Sungguh hina diri hamba di hadapanmu ya ALLAH. Ampuni segala dosa-dosa hamba. Ampuni segala dosa kedua ibu bapa hamba. Permudahkanlah urusan mereka di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, entah kenapa, hamba hanya mengingati saja malam ini. Adakah hamba sudah ditakdirkan untuk bertemu denganmu? Ya Allah, dengarlah rintihan hambamu ini ya Allah. Hamba tidak sanggup berada di dalam nerakamu. Tapi hamba juga tidak layak bersama para walimu. Hamba terlalu miskin. Miskin beribadah padamu ya Allah. Berikanlah hamba hidayah dan sinar kebahagiaan. Tempatkanlah hamba dikalangan orang yang kau kasihi.

Amiin Ya Rabbal Alamin...

Linangan air mata membasahi kain sembahyangku. Sungguh tidak tertahan. Malam itu benar benar menjadi saksi antara aku dan tuhanku. Terasa berdosa saat berhadapan dengan-Nya, layakkan aku ke syurga tanpa amalan yang sempurna? Linangan air mata jatuh berjurai lagi, memang benarlah firman Allah : Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Ku teruskan lagi malam pengabdianku. Sungguh, ku merasa belum sempurna ibadahku. Ku membuka buku Solat-Solat Sunat, untuk kali pertama ku menunaikan solat sunat hajat. Kemudian, ku melakukan solat sunat tasbih. Rasulullah menganjurkan umat Islam mengamalkannya pada setiap malam, Jika tidak dapat setiap malam, amalkan seminggu sekali, atau setahun sekali ataupun paling kurang sekali seumur hidup. Dengan izin Allah hendaknya.

"Semoga Allah menerima taubatku pada malam ini".

************



Taubat sebelum terlambat


Pada rakaat pertama, ku mulakan bacaan. Bacaanku tartil hari itu. Tajwid yang elok. Ku bangun, untuk rakaat kedua. Ku mulakan dengan Al-Fatihah, air mata ini tidak dapat ku tahan, kerana terasa kesyahduan solat malam kemudian ku membaca Surah Al-Asr. Ketika mengalunkan bacaan, terasa kakiku seperti ditarik. Tiada siapa yang mendengar pekikanku. Hanya Allah subhanahu wataala sahaja.

Terasa nyawaku dicabut. Bermula dari hujung kakiku, menjadi bersimpul kemudian naik ke pinggang. Ya Allah, ketika itu aku menjerit semahunya! Namun, jeritan yang tidak dapat didengari oleh orang lain sama sekali. Nyawaku di hujung helaan, aku sama sekali tidak dapat bernafas panjang. Suaraku tersekat-sekat. Adakah Allah bakal menarik nyawaku malam ini?

Aku berlawan dengan nafas pendek itu. Aku menangis semahunya. Menangis kerana nyawaku yang bakal dicabut Allah. Aku mengucap dua kalimah syahadah. Berkali-kali. Dalam keadaan hanya aku seorang yang berada di dalam bilik, tanpa ditemani sesiapa, aku melawan sendirian.

Selepas membaca 40 kali tasbih, aku rukuk. Tiba-tiba nafas pendek itu berhenti. Suaraku tidak lagi tersekat-sekat, nyawaku bukan lagi di hujung helaan. Alhamdulillah! Allah mengkehendaki aku untuk terus hidup lagi di bumi fana ini.

Demamku turut hilang serta-merta. Sungguhku tak sangka. Ku melakukan sujud syukur berkali-kali. Aku menangis semahunya. Inilah hidayah yang diberikan Allah.

Hatiku hiba, bertambah sayu. Malam itu, ku mengabdikan diriku hanya pada-Nya. Dan aku pasti tidak akan dikurniakan 'nyawa ketiga' oleh tuhanku.

Untuk hari-hariku yang mendatang, aku berazam untuk menjadi ketua muslimat, yang membawa syiar Islam ke serata dunia. Dan akulah penyambung generasi ummah! Insyaallah! Doakanku semoga jadi muslimah yang berjaya.


(Artikel ini adalah artikel yang benar, berlaku dalam diri penulis. Semoga kita mengambil iktibar darinya, Insyaallah)

Karvinal Jom Masuk U 2011

Karvinal Jom Masuk U 2011

Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) – JOM MASUK U ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mendidik dan memotivasikan para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.

Jom Masuk U ini merupakakan program tahunan Kementerian Pengajian Tinggi yang telah dilaksanakan semenjak 2005 turut menyediakan maklumat akreditasi dan pembiayaan kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, pelajar lepasan asasi, diploma, sijil dan diploma kemahiran.

Karvinal Jom Masuk U 2011 ini disertai 20 IPTA, 100 IPT swasta terpilih, agensi di bawah kementerian dan Kementerian Pelajaran, yayasan negeri, agensi pembiayaan pendidikan termasuk Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan MARA.

Pameran Jom Masuk U ini akan memberi peluang pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti. Disasarkan lebih 300,000 pengunjung akan hadir ke Karnival Jom Masuk U di 11 zon lokasi tahun ini berbanding 10 tahun lepas.

Lokasi Jom Masuk U 2011


Karvinal Jom Masuk U 2011 akan berlangsung adalah seperti berikut;

Tarikh Lokasi


14 – 15 Januari Terengganu Trade Centre, Terengganu
22 – 23 Januari Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka
29 – 30 Januari Penang International Sports Arena (PISA), Pulau Pinang
12 –13 Februari Kelantan Trade Centre

Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan
19 – 20 Februari Dewan 2020, Perlis
26 – 27 Februari Suria Sabah, Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah
5 –6 Mac Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
12 – 13 Mac PERSADA, Johor Bahru, Johor
19 – 20 Mac Permata Exhibition Centre, Kuching, Sarawak
26 – 27 Mac Dataran Majlis Bandaraya Ipoh, Perak
2 – 3 April MINES International Exhibition Centre, Seri Kembangan

Maklumat

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Karnival JOM MASUK U 2011 ini sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya. Telefon : 03-8883 5801/5802 Faks : 03-8889 4260 Emel : upu@mohe.gov.my
Thursday, January 20, 2011 | By: fEnDi nEtWoRk

Assignment


Salam.........:)

Aduhai..pening kepala aku menjawab assignment nie..belajar mcm paham tp bile nk wat tutorial adussss pening gle kepala aku...Dah la ari sabtu n ahad ade test..nk study lg...aduhhh..xpe2...aku akan cuba aturkan masa aku ngan sebaik mungkin....

Cbe korg tgk asgmnt aku nie..agak2 leh wat x..??? hehee..kalau leh wat bg aku jalan keje dia....kalau bleh buat la..:P



Ha...ni la soalan dia..nmpk mcm senang je kan.nk buat dia Ya Allah..pening2....tp mcm ni la life student part time..isnin smpai jumaat keje..sabtu n ahad kelas..memang agak memenatkan..tp aku kena hadapi jgak la untuk abiskan Degree aku ni.....

Igt tau..kalau leh wat soalan ajar aku lak...hahahhaa.....aku ngah try n error lgi nie..xdapat2 dapat lagi ha..

Guru Yang Teristimewa

Guru Yang Teristimewa
www.iluvislam.com
Oleh:Qaseh Lina
Editor:Afdhal87
Mengapa aku memilih kerjaya ini? Mengapa? Teringat aku suatu ketika dahulu guru Matematik Tambahan aku pernah berkata,

“Ina, mengapa kamu mahu memilih bidang Pendidikan Khas? Kalau macam tu lebih baik jangan ambil matapelajaran Matematik Tambahan!” .

Ouch.. Aku terkesima.. Mengapa guruku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan Khas?

Sekali lagi aku dilemparkan tomahan ketika aku ingin memilih bidang Pendidikan Khas sebagai bidang yang ingin aku ceburi setelah tamat menduduki peperiksaan SPM oleh ibu saudaraku yang tidak bersetuju denganku.

“Ang nak mengajaq anak-anak cacat ka? Biaq betui..Ambikla kursus yang bagus sikit…Tolongla…”

Mengapa ibu saudaraku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan khas?

Suatu hari, jiranku datang kepadaku...
Agak pelik kelakuannya.. Bergerak ke sana ke sini. Ketawa berdekah-dekah. Lantas dia berkata kepadaku,

“Aku berlakon jadi budak cacat.. Hang kan nak mengajaq budak cacat..”

Ku dengar hilai tawanya semakin panjang.Aku menarik nafas panjang. Ya Allah, salahkah aku memilih bidang pendidikan Khas? Mengapa jiranku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan Khas?

Di suatu pagi yang cerah.Ibuku menghampiri aku.

” Emm…Mak dengaq orang tua-tua kata kalau mengajaq budak-budak cacat ni nanti kena tulah..Ang tau apa dia tu.Kalau esok hang dah berkeluarga, dah mengandung.Hang pergi sekolah,lepas tu mengajaq budak-budak cacat.Hang tak takut esok-esok anak hang lahir cacat
jugak? Macam budak-budak cacat yang hang mengajaq tu?”

Wahai ibuku, hancur luluh hati anakmu mendengar luahanmu.. Mengapa ibuku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan Khas?

Ketika aku berada di tingkatan empat, ku lihat wajah-wajah yang mengharapkan perhatian. Ku lihat ada sinar di wajahnya. Ada yang bersifat keanak-anakan sedangkan usia mereka sebaya denganku malah lebih tua dariku. Aku sering memandang ke tingkap kelasku. Ceria mereka mengusik guru-guru mereka. Aku melihat lagi, seorang pelajar perempuan yang mungkin sebaya denganku memeluk gurunya seerat-eratnya. Senyuman ikhlas terpancar diwajahnya. Mungkin ingin luahan rasa terima kasih kepada gurunya. Mungkin sayangkan gurunya. Mungkin dia memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang yang tak terhingga. Kenangan lama terpaut kembali andai aku pulang ke desa. Sememangnya memberi nostalgia lama dan menggamit seribu kenangan.

Mengapa? Kerana di situlah cintaku mula bercambah. Bercambah dan semakin bercambah.Ya! Aku memilih bidang perguruan. Aku ingin menjadi seorang guru Pendidikan Khas. Itu matlamatku. Akhirnya terlaksana jua keinginanku kerana aku dapat melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru di utara tanah air. Bidang Pendidikan Khas tetap menjadi pilihanku. Hari berganti hari. Sudah genap dua tahun aku menjadi seorang pelajar dan bakal guru demi menggemgam segulung ijazah dalam bidang Pendidikan khas.

Kesabaran tetap menjadi kunci dalam hidupku. Perit jerih aku di institut tidak
mematahkan semangatku demi bergelar seorang pendidik. Tahun pertama aku di
institut pendidikan guru, aku diberi latihan keguruan. Selama seminggu aku perlu ke
sekolah untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Selama seminggu, aku
datang ke sekolah. Menuju kelas yang sama. Kelas Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran. Aku melihat realitinya. Ya! Memang ini yang akanku hadapi kelak.

Kanak-kanak hiperaktif, Sindrom Down, Disleksia, autisme, Slow learner..
Ya, Allah, kuatkan semangatku demi cinta ini.
“Aku cokelat superman…”
“Aku sak bisa nagis….”
“Bia kelisih ku pei ninggalkanku..”

Lamunanku terhenti. Aku melihat Nasrullah seorang kanak-kanak menyanyi dengan gembiranya. Tiada apa yang perlu difikirkan oleh kanak-kanak ini. Hanya bauan syurga yang bakal menggamitnya.

Setiap hari aku di kelas itu, anak-anak bakal penghuni syurga ini akan menghulurkan
tangan. Salam tanda hormat kepada gurunya. Hatiku merintih sayu.Syahdu.Tidak
dapat ku gambarkan betapa syahdunya hati ini kerana setiap hari bakal penghuni
syurga ini akan selalu tersenyum kepadaku. Bersalam denganku.
Ya, Allah aku amat bersyukur dengan nikmat yang engkau berikan . .

Wahai dunia... Ingin aku katakan.. Anak-anak kecil tanpa berdosa ini memerlukan kasih
sayang. Perhatian yang tidak terhingga. Jadikanlah kesabaran melekat di hati agar
amanah yang Allah berikan tidak disia-siakan. Aku ingin jua katakan kepada diriku..
Wahai Hati, tabahlah.. Engkau bakal menjadi guru.Guru pendidikan Khas. Jangan engkau
mengingkari janji-janji kepada Tuhanmu. Jangan sesekali-kali. Perbanyakkanlah ilmu di
dada. Engkau guru yang teristimewa!

Ya.... Sangat istimewa...
Ya Allah berikan aku ketabahan.. Berikan kepadaku hati yang ikhlas untuk anak-anak
ini..Demi Kasih ini, akanku hadapi dengan berbekalkan keazaman!

Berakhirnya Sebuah Pertemuan

Berakhirnya Sebuah Pertemuan
www.iluvislam.com
Dihantar oleh: Norhashikin Harun
Editor: cincaugoreng


Kringggg!!! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat baru bermula. Pelajar-pelajar lain sudah keluar dari kelas masing-masing dan mula membanjiri kawasan kantin sekolah.

Irna hanya mampu menenangkan sahabatnya di sebelah. Dia tahu betapa menderitanya sahabat baiknya itu, namun sebagai insan biasa dia tidak berdaya memberikan bantuan. Hanya sokongan dan semangat yang mampu dihulurkan kepada insan setabah sahabatnya.

"Iman, jom kita pergi kantin. Iman makan sikit. Nanti Iman kena makan ubat," pujuk Irna walaupun dia tahu sahabatnya itu akan menolak. Muka Iman yang pucat lesi ibarat tidak berdarah itu menggigit tangkai jantungnya. Sungguh, dia tidak kuat melihat keadaan sahabatnya sebegitu. Tanpa disedari kolam matanya pecah juga. Ada tangisan halus yang mengiringi air mata tersebut.

"Irna, kenapa ni? Janganlah menangis. Iman tak nak kawan-kawan Iman menangis sebab Iman. Lebih-lebih lagi Irna, sahabat baik Iman dunia akhirat, Insya-Allah," hati Iman bergetar menahan sendu yang berlabuh. Dia tahu perasaan Irna tika itu, namun sebagai hamba Allah yang hanya menumpang di dunia fana ini, dia akur dan pasrah atas segala takdir.

***********

Perkenalan mereka semenjak minggu orientasi untuk pelajar-pelajar baru membuahkan persahabatan yang kekal hingga ke hari ini. Mereka amat serasi bersama memandangkan mereka banyak berkongsi minat yang sama. Hidup yang suram gara-gara terpaksa berjauhan dengan ibu bapa dan keluarga akhirnya diwarnakan dengan suka duka dalam bersahabat. Iman dan Irna sangat bersyukur kerana Allah telah mempertemukan mereka berdua.

Ramai kawan mereka kagum melihat persahabatan mereka berdua. Keakraban mereka yang boleh diibaratkan sebagai isi dengan kuku itu menyebabkan ramai yang menggelar mereka sebagai adik beradik. Segala susah senang, sakit perit mereka dirasakan bersama. Andai salah seorang daripada mereka sakit, seorang lagi akan turut sakit menahan sebak di hati.

Irna termenung lagi. Sejak akhir-akhir ini dia semakin bimbang akan kesihatan Iman. Jika dahulu sahabatnya itu seorang yang ceria, kini segalanya seakan berubah. Walaupun ada senyuman yang terukir di bibir Iman, dia tahu segala derita yang ada di sebaliknya. Dia cuba berlagak tenang dan kuat ketika berhadapan dengan Iman tetapi jauh di lubuk hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

"Iman, tadi Cikgu Athirah ada pesan, kalau Iman sakit, jangan paksa diri pergi kelas, kalau ada apa-apa berlaku susah. Irna tak nak something happen kat Iman," kata-katanya hanya dijawab dengan pandangan mata Iman. Seperti biasa Iman hanya membiarkan bibirnya dihiasi dengan senyuman ikhlas yang selalu diukirkannya.

"Irna, insya-Allah, Iman pun tak nak something bad happen, tapi kita kena ingat, walau apapun yang telah berlaku atau yang akan berlaku, segalanya datang daripada Allah. Kita kena terima dan redha," nafasnya ditarik perlahan sebelum kembali berkata-kata.

"Irna, maafkan Iman ya, sebab dalam tempoh setahun ni Iman banyak menyusahkan Irna, dan terima kasih jugak sebab Irna selalu ada di sisi Iman. Jasa dan pertolongan Irna selama ni mungkin Iman tak sempat nak balas, hanya.."

"Iman, janganlah cakap macam ni. Iman tak menyusahkan Irna pun," Irna pantas memintas kata-kata sahabatnya itu. Dia tidak sanggup untuk mendengar bait-bait kata yang ingin disampaikan oleh Iman.

***********

Seperti biasa keluarga Iman akan datang melawat pada hujung minggu. Irna pula akan menemani Iman. Hubungan Irna dengan keluarga Iman juga semakin baik hari demi hari. Ibu dan ayah Iman sangat berterima kasih kepada Irna kerana telah banyak menolong dan memberikan kata-kata semangat kepada anak perempuan tunggal mereka. Hati ibu mana yang tidak sebak apabila melihat penderitaan si anak. Kalau diikutkan hatinya, ingin sahaja dia menjaga Iman sepenuh masa tetapi dia tidak berdaya. Memandangkan Iman bersekolah di sekolah berasrama, mereka sekeluarga pasrah. Namun, mereka bersyukur sekurang-kurangnya Iman mempunyai seorang sahabat yang baik seperti Irna.

"Iman, Iman dengar cakap ibu sayang," ada titis air di tubir mata ibunya.

"Iman mesti jaga diri Iman baik-baik tau. Ubat tu mesti makan. Kalau Iman sakit, beritahu ibu, beritahu warden. Kalau boleh ibu nak sangat jaga Iman. Ibu sedih tengok anak ibu tanggung sakit sorang-sorang," pelukan dieratkan diiringi dengan tangisan yang berpanjangan. Irna yang tidak dapat menahan kesedihannya juga turut menitiskan air mata . Begitu juga dengan ayah dan adik-beradiknya.

"Ibu, insya-Allah, Iman akan dengar nasihat ibu tapi ibu kena janji dengan Iman. Ibu janganlah nangis. Iman tak sanggup tengok ibu nangis sebab Iman. Ayah, jaga ibu baik-baik. Jangan bagi ibu lemah semangat, boleh ayah? Ibu?" ibu dan ayahnya hanya mampu mengangguk lemah.

"Irna, terima kasih atas segala-galanya. Ibu harap Irna boleh tolong tengok-tengokkan anak ibu. Kalau ada apa-apa berlaku, tolong beritahu ibu ye," Irna mengangguk perlahan seraya tunduk menyalami tangan milik ibu Iman. Hubungan yang baik antara mereka menyebabkan ibu Iman tidak segan membahasakan dirinya sebagai ibu dengan Irna.

*****************

"Iman, kenapa ni? Iman sakit lagi ke?" Irna semakin risau melihat keadaan Iman yang semakin teruk. Dia mula hairan dan bimbang jika ada sesuatu yang akan menimpa Iman.

"Iman, jom kita pergi hospital. Irna tengok Iman dah teruk ni, selalu je sakit kepala, muntah-muntah, kita pergi hospital ok?" Irna sudah tidak mampu berlembut dengan Iman. Sudah banyak kali dia cuba memujuk Iman untuk pergi ke hospital. Namun jawapannya tetap sama.

"Irna, Iman okeylah. Cuma sakit kepala biasa je ni. Nanti lepas makan panadol okeylah," Iman hanya senyum segaris.

"Tak boleh. Hari ni Iman kena dengar juga cakap Irna. Kita mesti pergi hospital hari ni. Iman tunggu sekejap. Irna nak inform kat warden," pandangan Iman mengiringi langkah sahabatnya.

"Dah lama ke sakit ni?" doktor di hadapan memulakan bicara sambil mencatat sesuatu dalam buku laporan kesihatan.

"Ermm, agak lama jugak la, tapi dulu tak sakit macam ni. Sekarang ni sakit sangat-sangat. Kadang-kadang tak boleh nak tahan," Irna menggengam erat tangan sahabatnya. Dia berdoa agar tiada perkara buruk yang akan berlaku.

"Selera makan macam mana? Okey?"

"Entahlah doktor tapi sekarang ni memang tak boleh makan sangat, selalu je tak ada selera," doktor mengangguk perlahan sambil meneruskan catatan.

"Ermm doktor, maaf mencelah, tapi saya nak tahu kenapa hidung Iman berdarah. Kadang-kadang gusi pun sama," doktor mula memandang Iman.

"Kita buat blood test dulu, nanti kita tengok macam mana," Iman dan Irna saling berpandangan. Mereka mula merasakan seakan ada sesuatu yang tidak kena.

**************




"Iman, saya harap Iman akan bersabar, mungkin apa yang bakal saya sampaikan terlalu susah untuk diterima, tapi saya yakin Iman seorang yang kuat,"

Berita yang disampaikan oleh doktor agar sukar untuk diterima. Sudah kering air matanya mengenangkan perkara tersebut. Namun, dia beristighfar panjang. Iman sedar segalanya telah ditentukan oleh Allah Pencipta Alam. Dari Dia kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Akhirnya dia redha atas segala-galanya.

"Hasil dari blood test yang telah dibuat, saya dapati Iman menghidap penyakit leukemia," Iman dan Irna sangat terkejut dengan berita yang dikhabarkan. Bagaikan hendak luruh jantung mereka. Iman hanya mampu memandang Irna dengan pandangan kosong yang sukar untuk ditafsirkan.

"Pada mulanya saya ingatkan result tu salah. So saya dah buat test tu 2 kali dan hasilnya memang positif. Saya harap Iman banyakkan bersabar ya," doktor itu dapat melihat kesedihan yang terpancar di wajah mereka. Lidah mereka juga kelu untuk berbicara, mungkin masih terkejut dengan berita yang diterima.

"Penyakit ni dah peringkat kedua, dan mungkin kejam kalau saya cakap penyakit Iman ni dah nak sampai peringkat ketiga,"

"Kalau kita dapat kesan dari awal-awal, mungkin sempat untuk kita berikhtiar. Iman akan selamat kalau ada sum-sum tulang yang sesuai, tapi sekarang ni, agak susah untuk kita dapatkan sum-sum tulang yang sesuai, tapi insya-Allah, tak mustahil untuk sesuatu berlaku jika diizinkan oleh Allah,"

"Iman, Iman!!" Irna hairan melihat Iman yang jauh termenung. Dia tahu apa yang sedang difikirkan oleh sahabat baiknya itu. Setiap kali dia melihat wajah pucat Iman, pasti rasa sedih bertamu di hatinya. Sebagai hamba Allah yang lemah, dia hanya mampu berdoa agar sahabatnya itu diberikan kekuatan dan dipanjangkan umur.

"Eh, Irna, maaflah, Iman tak perasan tadi," Iman tersedar. Dia tahu dia harus kembali ke alam nyata. Berita tentang penyakitnya yang diterima sejak hampir setahun yang lalu sering mengganggu ketenangannya. Bukan dia tidak menerima takdir Allah tapi dia takut. Dia takut untuk menghadapi sakaratul maut. Bagi dirinya, bila-bila masa sahaja Malaikat maut akan menjemputnya kembali kepada Yang Esa. Mungkin esok, minggu depan dan mungkin juga tahun hadapan. Memikirkan hal itu, dia dirundung kesedihan. Dia sedih kerana andainya telah ditakdirkan dia akan pergi dalam tempoh terdekat ini, dia sudah tidak dapat sujud kepada Allah Ta'ala, dia tidak lagi dapat berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya. Dia juga takut apabila memikirkan adakah cukup amalannya selama ini untuk dihadapkan di hadapan Allah. "Ya Allah kau ampunkanlah segala dosa ibu bapaku, dosa-dosaku, dosa seluruh ahli keluargaku, dosa guru-guruku, dosa sahabat-sahabatku, dosa muslimin serta muslimat. Kau matikanlah aku dalam iman dan Islam," detik hatinya.

********************

"Assalamualaikum, Irna," hati Irna berdegup kencang sebaik sahaja menerima panggilan ibu Iman.

"Waalaikumussalam, ibu, kenapa ibu, Iman sakit ke?" Irna semakin gelisah apabila terdengar esakan halus dari corong telefon. Dia tahu ibu sedang menangis.

"Irna, boleh tak Irna datang ke rumah ibu sekarang. Iman, nazak,"

Irna segera bertolak ke rumah Iman bersama-sama kedua-dua ibu bapanya. Perjalanan selama sejam lebih itu dirasakan bertahun lamanya. Air matanya tidak berhenti mengalir. Sedaya upaya dia menahan perasaan agar bersabar tetapi dia tidak mampu. Dia tidak mampu untuk memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Dia masih ingat pandangan Iman sewaktu hari terakhir persekolahan sebelum cuti penggal bermula. Pandangan Iman tika itu memang sukar untuk dimengertikan. Hanya air mata duka yang mengiringi perpisahan mereka saat itu. Kata-kata maaf yang diungkapkan oleh Iman juga masih segar di ingatannya.

"Irna, maafkan Iman ye. Terima kasih sebab sudi jadi sahabat baik Iman. Irna mesti ingat, walau apapun yang berlaku, Irna mesti tabah. Terima takdir Allah seadanya, dan satu lagi, jangan biarkan hubungan Irna dengan ayah dan ibu terputus seandainya Iman pergi dulu. Satu perkara yang Irna kena ingat, Iman sayang Irna, sayang sangat-sangat,"

Irna tidak dapat menahan perasaannya. Dia menangis lagi. Kata-kata Iman tempoh hari betul-betul mengganggu fikirannya.

*****************

"Assalamualaikum," dengan lemah salam diucapkan. Langkah Irna lemah tidak bermaya. Kedatangannya disambut dengan tangisan dan pelukan ibu Iman. Dia dapat merasakan betapa eratnya pelukan itu. Hatinya pedih, jantungnya pula seakan berhenti berdegup.

Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya apabila melihat seorang sahabat yang selama ini berkongsi susah senang dan suka duka bersamanya sedang terbujur kaku. Fikirannya ketika itu kosong. Bukan senang untuk menerima kenyataan itu. Kenyataan yang ternyata pahit untuk ditelan. Namun, dia pasrah dan redha dengan takdir Allah. Sebagai hamba Allah yang beriman, dia mesti kuat dan bersabar menghadapi ujian hidup. Kata-kata arwah Iman kembali menerpa ingatannya.

"Irna, maafkan Iman ye. Terima kasih sebab sudi jadi sahabat baik Iman. Irna mesti ingat, walau apapun yang berlaku, Irna mesti tabah. Terima takdir Allah seadanya, dan satu lagi, jangan biarkan hubungan Irna dengan ayah dan ibu terputus seandainya Iman pergi dulu. Satu perkara yang Irna kena ingat, Iman sayang Irna, sayang sangat-sangat."

"Insya-Allah Iman. Irna mesti kuat. Irna mesti tabah dan Irna pun sayangkan Iman. Sayang sangat-sangat," getus hatinya.

************

Arwah Iman sudahpun selamat dikebumikan. Perasaan sedih masih setia bertamu di hatinya. Dia masih ingat betapa susahnya untuk mencium dahi arwah Iman gara-gara air matanya yang tidak henti-henti mengalir. 'Sejuk'. Itulah yang dirasakannya sewaktu mencium dahi arwah buat kali terakhir.

"Irna," dia tersedar dari lamunan. Ibu Iman di sebelah dipandang sayu. Apalah sangat kesedihannya jika dibandingkan dengan kesedihan seorang ibu yang kehilangan anaknya. Irna dapat melihat tubir mata ibu Iman masih digenangi air jernih.

"Ya ibu," tangan si ibu digengamnya seerat mungkin.

"Ibu jumpa surat ni atas meja arwah, untuk Irna," dalam sebak ibu Iman menuturkan kata-kata.

Tangannya terketar-ketar semasa membuka lipatan surat itu. Surat terakhir daripada seorang sahabat. Tanpa dapat ditahan, kolam matanya pecah lagi. Bagaikan baru semalam mereka dipertemukan, kenangan mereka bersama masih segar di ingatan.


Buat sahabatku Irna.

Assalamualaikum,

Iman bersyukur sangat-sangat sebab Allah telah mempertemukan kita, walaupun pertemuan kita hanya sekejap cuma tapi Iman tetap berterima kasih kepada Allah sebab melalui Irna, Iman berpeluang mengenali erti sahabat sejati Irna. Maafkan Iman atas segala kesilapan yang pernah Iman lakukan sepanjang persahabatan kita. Sebenarnya Iman pun dah tak tahu nak tulis apa. Kepala Iman sakit sangat ni tapi Iman tak nak tinggalkan Irna tanpa kata. Kalau boleh Iman nak sangat jumpa Irna. Takut nanti tak sempat. Mungkin sekarang ni Iman dah dipanggil menghadap Ilahi. Kalau boleh, Iman nak tengok Irna sebelum kita berpisah buat selama-lamanya tapi Iman juga nak minta maaf kalau Irna hanya sempat tengok jasad kaku Iman. Bukan Iman nak tapi ingatlah mati itu pasti bagi setiap manusia. Iman harap, Irna akan bersabar. Tolong doakan Iman di sana ye. Sebenarnya, Iman takut sangat Irna. Iman takut mati. Iman takut amalan Iman tak cukup tapi apakan daya Iman, Iman dah tak boleh nak buat apa kalau dah takdir Iman akan pergi dulu. Cuma Iman harap Irna teruskan impian kita untuk jadi wanita solehah. Gunakanlah masa dengan sebaik mungkin. Laksanakanlah ibadah dan perintah Allah selagi masa masih ada sebab kita tak tahu bila sebenarnya ajal maut kita. Ingatlah sahabatku, kematian tidak akan menunggu sehingga seseorang itu bersedia untuk menghadapinya.

Buat tatapan Irna, Iman sempat tuliskan lirik lagu nasyid yang kita suka. Hayatilah setiap bait kata-kata yang ada pada lirik ni. Akhir kata doakanlah Iman di sana. Wassalam.

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau nsanea rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Surat itu dilipat kembali. Matanya basah dengan air mata.

"Ya Allah, kau tempatkanlah sahabatku dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin," doanya di dalam hati.

"Semoga Syurga menjadi milikmu, sahabatku. Walaupun pertemuan kita di dunia fana ini telah berakhir, Irna berdoa agar kita dipertemukan kembali di Jannah-Nya. Amin."

Alam Maya VS Alam

Alam Maya VS Alam Realiti
www.iluvislam.com
Dihantar oleh: cahaya hati8
Editor: fazly_90

Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.

Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.

Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.

Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.

Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..

Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.

Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.

Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..


Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..

Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. nNafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..

Lupakah kita pada hablumminannas?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..

Lihat sudah keadaan di kampus.. Lupa sudah pada rakan yang bersama sebilik.. Penting lagi melayani karenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan rakan sebilik terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling..

Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??

Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..

Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata..


Ibu Seorang Penipu

Ibu Seorang Penipu!
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh: Farydzul Fareez
Editor: rabiatul_adawiyah

Pada suatu pagi yang hening dan tenang, tika burung sedang berkicau, aku baru saja bersiap untuk pergi ke sekolah. Aku kelihatan begitu segak sekali. Keluar saja aku dari bilik, ibu sudah menghidangkan sarapan di ruang makan. Aku memandang ibu ku sambil tersenyum, dan ibu membalas kembali senyumanku itu. Lalu ibu memanggil ku untuk bersarapan. Ubi rebus yang ibu hidangkan begitu sedap bila dicecah dengan sambal.


Aku memandang ibu lalu bertanya, "Ibu mengapa tidak makan sekali?"


"Ibu sudah makan tadi nak, sewaktu kau sedang bersiap," sambil terukir senyuman di wajah ibu.


Namun, aku tahu ibu sedang menipuku, dia masih belum bersarapan. Kami hanya tinggal dua beranak saja, ayah telah lama meninggalkan kami berdua. Ibulah yang mencari nafkah dan membesarkan aku selama ini.



Pulangnya aku dari sekolah pada tengah hari, aku terus makan. Ibu pula masih di pasar menjual sayur, dan hanya pulang pada jam dua petang. Ibu kelihatan begitu penat sekali apabila dia pulang, dan terus masuk ke bilik. Aku mulai pelik, ibu selalunya tidak begitu, selalunya dia pasti akan berbual dengan ku terlebih dahulu. Bertambah pelik lagi, ibu tidak keluar-keluar lagi dari biliknya dari pukul dua hinggalah ke pukul enam petang. Aku nekad, aku terus masuk ke bilik ibu. Aku melihat ibu sedang terlantar di dalam bilik. Ya Allah, apa yang sedang berlaku ini. Aku memegang dahi ibu, dahinya sungguh panas. Barangkali ibu demam.



"Ibu, kita pergi jumpa doktor ya, ibu demam ni."


Ibu sekadar menggelengkan kepalanya lalu berkata "Tak mengapa nak, esok lusa elok lah demamnya, lagipun bukannya teruk sangat demam ibu ni."


Sekali lagi aku ditipu oleh ibu. Kenapa ibu suka sangat menipu aku. Dahinya sungguh panas tadi. Aku tahu yang ibu tidak mahu membazirkan duit kerana ingin menampung kos aku untuk ke sekolah, sehingga tidak mahu berjumpa doktor.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kini aku telah dewasa dan berkerjaya. Seperti kebanyakan orang, aku terlalu sibuk sehingga tidak sempat menelefon ibu untuk bertanya khabar, apatah lagi menjenguknya di kampung. Suatu hari, aku berkesempatan jua menelefon ibu untuk bertanya khabar.


"Assalamualaikum ibu. Ibu sihat? Dah makan ibu? Duit belanja cukup tak?"



Ibu membalas sambil terbatuk-batuk, "Waalaikumsalam. Ibu batuk sikit saja ni, esok lusa baiklah. Duit yang kau kirimkan bulan lepas pun tak habis diguna lagi, banyak lagi."


Mendengarkan suara ibu yang terbatuk-batuk itu, aku mula rasa tidak sedap hati. Namun apakan daya, aku hanya mampu berdoa pada yang Esa supaya ibu diberi nikmat kesihatan. Keesokan harinya, aku menerima panggilan dari Mak Piah, jiran dan rakan karib ibu di kampung. Tiba-tiba jantung aku berdebar-debar, aku bertanya kepada Mak Piah,


"Ada apa Mak Piah telefon ni?"


Aku sungguh terkejut mendengar jawapan dari Mak Piah sehingga jatuh terjelupuk ke lantai.

"Ibu telah meninggal dunia..."

Patutlah semalam aku risau tatkala mendengar ibu terbatuk-batuk. Mak Piah memberitahu sudah masuk dua bulan ibu menghidap batuk kering. Ibu sering batuk berdarah tetapi tidak mahu ke hospital, ibu tidak menggunakan duit yang aku kirim untuk berbelanja, sebaliknya duit itu dia gunakan untuk membeli tanah di hujung kampung untukku, ibu hanya makan apa yang ditanamnya di kebun. Pada saat ini aku masih terfikir, mengapa ibu sering menipu aku walau ajal hampir kepadanya?



Kini, setelah ibu pergi untuk selamanya barulah aku tahu mengapa ibu sering menipu aku. Itu pun setelah aku bertanya kepada Mak Piah. Mak Piah memberitahu, naluri seorang ibu ini berlainan, ibu sanggup menahan lapar dan sakit demi untuk anaknya. Aku sungguh sedih, lantas bercucuran air mataku jatuh ke bumi. Aku sungguh terharu dengan pengorbanan ibu selama ini kepadaku. Ya-Allah, kau tempatkanlah ibuku di kalangan hamba-hamba-Mu yang solehah. Amin...


Sunday, January 16, 2011 | By: fEnDi nEtWoRk

Keberkatan Yang Diacari

Pada kebiasaan petang, Azlan dan keluarganya berkumpul bersama-sama kerana Abi (ayah) dan Umi (ibu) Azlan mengajar pada waktu pagi manakala Azlan sekolah, jadi petanglah waktu yang sesuai untuk mereka berkumpul. Azlan merupakan anak tunggal pasanagn suami isteri ini.

Pada suatu petang, Azlan bertanyakan kepada abinya, "abi, bagaimana kita nak cari keberkatan hidup", kata Azlan kepada ayahnya.

Ayahnya seorang ustaz di salah sebuah sekolah menengah di ibu negara. Ayahnya dikenali sebagai Ustaz Amar. Selepas mendengar kata-kata daripada Azlan, ayahnya terdiam seketika dan mencari jalan untuk menjawab soalan itu yang semasa itu beliau sedang menanda kertas ujian bulanan pelajar sekolahnya.

Ibu Azlan (Ustazah Najihah) lalu dihadapan anaknya itu sambil membawakan air untuk suaminya itu. "Bang, ini air, hilangkan sedikit dahaga abang tu", Ustaz Amar berterima kasih kepada isterinya itu sambil masih terfikir-fikir akan soalan anaknya itu. Ustazah Najihah merupakan guru besar di salah sebuah sekolah agama di ibu negara.

Tiba-tiba talefon rumahnya berbunyi, "kring,kring,kring". Tiga kali deringan lalu disambut oleh Azlan, "Assalamualaikum, siapa yang bercakap??, hendak bercakap dengan siapa??..". Kata Azlan pada individu yang menelefon itu.

"Azlan, siapa ditalefon itu", kata Ustazah Najihah kepada anaknya itu, "Cikgu Zahir, umi" sahut Azlan. Cikgu Zahir merupakan teman kepada bapanya.

Ustaz Amar lantas bangun menerima panggilan talefon itu digangang talefon rumahnya dan meneruskan perbualan bersam Cikgu Zahir manakala Ustazah Najihah masuk ke dapur dan Azlan mengulangkaji pelajaran di biliknya.

Azlan mahu mencari jawapan kepada persoalannya siang tadi, "bapaku seorang ustaz yang berkelulusan dari Mesir, kenapa dia tidak menjawab soalan yang aku tanyakan tadi?? Bukankah dia seorang ustaz yang banyak menjawab soalan anak-anak muridnya??", Azlan memikirkan tentang soalannya yang belum lagi terjawab sehingga dia terlena.

"Azlan bangun! Azlan bangun! Azlan bangun! Ustaz Amar mengejutkan anaknya itu dari luar. Pada kebiasaan pagi Ustaz Amar dan Ustazah Najihah mengejutkan anaknya itu untuk bersama-sama menunaikan solat subuh berjemaah sebelum ke sekolah.

"Asalamualaikum Warahmatullah", "Asalamualaikum Warakmatullah". Selesai mereka solat pada pagi itu dan Ustaz Amar membaca doa dan terus bersiap-siap untuk menuju ke sekolah.

Ustaz Amar adalah guru tingkatan Azlan. Semasa sarapan, Azlan bertanyakan kepada ayahnya, "Abi, Azlan dapat A atau tidak dalam subjek Bahasa Arab? Ustaz Amar menjawab, "kamu mesti banyak lagi beri tumpuan sewaktu belajar, jangan leka sahaja". Azlan sedih akan jawapan daripada ayahnya itu dan dia tahu bahawa dia tidak mendapat A dalam subjek tersebut.

"Abi, abi jawablah soalan Azlan semalam..", tanya Azlan kepada ayahnya tentang soalan yang semalan. Ayahnya terdiam lagi. "Kenapa ayahku susah untuk menjawab soalan aku ini? Apa salahku?" Macam-macam yang difikirkan oleh Azlan.

"Azlan, nanti kamu akan tahu juga jawapannya, maafkan abi kerana melengahkan jawapan kepada soalan itu", bisik Ustaz Amar dalam hatinya sendirian.

Pada pagi itu ada perhimpunan di sekolah Azlan.

"Kring, Kring, Kring", bunyi talefon bimbit Ustaz Amar kedengaran. Ustazah Najihah yang menelefonnya. "Maaf saya ada di perhimpunan, saya mesej awak ye?.." kata Ustaz Amar kepada isterinya lantas mematikan talefon bimbit tersebut.

"Najiha, abang belum jawab lagi soalan anak kita itu, abang akan jawab semasa mengajar di kelas dia nanti?"

Itulah petikan SMS daripada Ustaz Amar kepada isterinya.

4 minit kemudian Ustazah Najiha membalas, "abang, jangan lewat membalas jawapannya, nanti dia fikir yang bukan-bukan, saya sentiasa menyokong tindakan abang, lakukan yang terbaik ye abang, saya nak masuk ke kelas, nanti apa-apa saya mesej abang ye, salam".

Azlan di sekolah adalah murid yang paling pintar dalam tingkatannya. Setelah perhimpunan selesai Azlan bertemu dengan Cikgu Rasyidah yang mengajarnya subjek Sejarah.

"Cikgu, cikgu, tunggu sekejap", Azlan mengejar Cikgu Rashidah yang mahu ke kelas 3 A untuk mula mengajar.

"Ada apa Azlan?.." kata ckgu tersebut dengan nada terkejut.

"Saya nak tanya cikgu, saya dapat A atau tidak dalam matepelajaran Sejarah?", kata Azlan menerangkan sebab dia mengejar cikgu tersebut.

"Awak dapat A, Azlan, tahniah, cikgu ada kelas ni, maaf ye Azlan". Cikgu Rashidah terus masuk ke kelas 3 A untuk mula mengajar.

Azlan terus ke kelasnya 5A sambil memikirkan "kenapa aku tak dapat A dalam subjek bahasa Arab?".

Tiba-tiba dia terlanggar Ustaz Amar. 'Asalamualaikum Ustaz", kata Azlan kepada ayahnya itu.

"Waalaikumusalam Azlan, masuk ke kelas, cikgu dah mula nak mengajar ni."

"Baiklah cikgu, maafkan saya cikgu", kata bualan antara Azlan dan ayahnya, Ustaz Amar.

Dikelas 5A, Ustaz Amar membahagikan kertas ujian bulanan kepada pelajar kelas tersebut termasuk Azlan.

"Mohd Farhan bin Abdul Ghani, 87, Nurul Nadia binti Musa 88, Mohd Fairuz bin Mohd, 89,Umi Iryani binti Sipon, 90, Mohd Azlan bin Amar Faiz, 98".

Azlan terkedu seketika. Manakan tidak dia ingatkan keputusannya kurang baik.

"Kadang-kadang manusia mudah putus asa akan rahmat Allah sebelum melakukan sesuatu, kadang-kadang manusia terlalu mahukan yang terbaik tanpa berusaha yang terbaik, kadang-kadang manusia jahil dalam ilmunya tanpa berusaha memperbaikinya, ingatlah kebekatan dalan hidup ini perlukan hijrah ke arah yang makruf.

Segala hijrah yang kita lakukan ke arah yang baik pasti Allah berkati. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, 'Sebaik-baik manusia itu adalah yang bermanfaat'. Dan untuk menjadi orang yang bermanfaat, tidak semestinya kita perlu jadi orang yang berjaya, bekerjaya dan berpengaruh".

Itulah jawapan Ustaz Amar akan persoalannya semalam.

Azlan faham, bukan kepandaian dalam pelajaran semata-mata kita akan mendapat keberkatan Allah. Ayahnya tidak mahu Azlan hanya pentingkan pelajaran sahaja tapi jadilah orang yang bermanfaat untuk segala kebaikan atas dunia ini. Moga kita terus menjalani hidup di muka bumi ini dengan perkara yang disukai Allah.

- Artikel iluvislam.com

Friday, January 14, 2011 | By: fEnDi nEtWoRk
www.iluvislam.com
Oleh: rasyaqiera
Editor: arisHa27

Seusai Solat Maghrib berjemaah, Iman terus mencapai Al-Quran dan Terjemahan hadiah dari seorang temannya. Lafaz kesyukuran diungkap perlahan kerana masih ada insan-insan yang sudi berhimpun untuk mengabdikan diri padaNya. Sue, Rina, dan Yasmin antara insan yang setia berhalaqah di tengah-tengah ruang 'bilik study' itu sambil menunggu kedatangannya untuk memulakan sessi tazkirah.

" Hari ni akak bacakan tafsir surah Al-Syarh ye. "

" Ha...cuba Sue perhatikan ayat 5 dan 6. Kenapa Allah SWT ulang ayat sesungguhnya setiap kesusahan ada kesenangan sebanyak dua kali? "

" Hurm..kenapa ye akak? Sue tak pasti la. "

" Cuba gabungkan dua ayat tadi. Sebenarnya di sebalik ayat itu, nak jelaskan kat kita bahawa setiap kesusahan ada kesenangan dan setiap kesenangan pasti diuji dengan kesusahan. "

" Owh..faham..faham. Maknanya kita tak boleh mengeluh la bila ditimpa kesusahan.. Iye Kak Iman? "

" Ha'ah Min, dan kita juga tak boleh terlalu gembira dengan kesenangan sebab di celah-celah kesenangan, ada kesusahan yang menanti . "

Iman meneruskan penerangan tentang ayat-ayat di dalam surah itu.

***

Selepas sessi tazkirah.

" Kak Iman, malam ni betul ke Madam Suzila nak buat sport check? "

" Ha'ah..insya Allah. Akak dengar-dengar macam tu la. "

" Nasib baik kita tergolong dalam golongan sami'na wa ato'na kan kak? Tak payah susah-susah. "

" Betul tu Sue, tak payah susah payah kita nak sembunyikan barang terlarang. "

Tergelak kecil Iman mendengar istilah yang selalu mereka gunakan untuk golongan yang selalu mengikut peraturan itu.

Sami'na wa ato'na atau dalam Bahasa Melayu bermaksud kami mendengar dan kami mengikut.

" Malam ni tentu ramai la Sister yang macam cacing kepanasan kan. "

" Ada-ada je Rina ni kan. Biar lah diorang dengan cara diorang. Semua dah besar, boleh fikir mana yang baik, mana yang buruk. Eh, dah azan Isya' tu. Jom solat! "

***

Di dalam bilik.

" Aish..pelik semacam je si Fiqa ni. Tak pernah aku tengok dia macam ni. "

Iman bermonolog sendiri tatkala melihat Afiqa, ahli biliknya yang tekun mengaji sewaktu dia masuk ke dalam bilik untuk menyimpan telekung sembahyang.

" Hurm..Husnuzon. Mungkin dia dah dapat hidayah Allah SWT. Alhamdulillah. Patutnya aku bersyukur, bukannya fikir bukan-bukan." Iman menyalahkan dirinya.

" Woi Fiqa.. lama mana lagi ko nak berlakon tu..? Aku tengok dari tadi kau asyik pegang je Al-Quran tu. Bukannya nak baca pun! " Zira di atas katil menegur.

" Eh, kau diam sikit boleh tak. Kalau Kak Iman dengar, habislah aku. Aku tengah sabar la ni. Madam belum datang lagi. Macam mana aku nak berhenti berlakon ? "

" Hahaha..padan muka ko. Tu la, ambil lagi risiko. "

***

5 minit selepas itu.

" Assalamualaikum. Boleh Madam masuk?

" Waalaikumussalam. Eh, Madam..masuk la. "

Lantas Iman, Rina, Yasmin, Sue dan Zira mendapatkan Madam untuk menyalami beliau sebagai tanda hormat.

" Bagus ye bilik ni, bersih je. Boleh Madam nak buat checking? "

" Boleh madam, silakan. "

Rina selaku Mushrifah bertindak mengiringi Madam suzila.

" Awak nama apa? Boleh tanggalkan telekung tak? "

" Er..er...er...kejap ye Madam. "

Muka Fiqa mula berubah. Dia tidak menyangka taktiknya tidak berjaya.

" Sis Afiqa..sini kejap. Boleh Madam bincang dengan kamu? "

Yasmin dan Sue tersengih-sengih melihat Fiqa kantoi di tangan Madam.

" Masya Allah. Patutla aku tengok dia khusyuk sangat baca Al-Quran sambil pakai telekung sembahyang. Nak sembunyikan rambut karat dia dari Madam rupanya. " Iman mengeleng kepala.

Hatinya sedih sekali. Dia rasa terpukul dengan pebuatan Afiqa tadi. Seolah-olah menghina kemuliaan Al-Quran dan solat. Sebelum ini, sudah beberapa kali dia cuba menasihati Afiqa atas perbuatannya itu tetapi nasihatnya itu ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Hati Afiqa mungkin masih keras untuk menerima nasihat orang ataupun egonya diletakkan ditahap yang paling tinggi.

Iman merasakan dia masih kekurangan cara untuk menjadi seorang Da'ie. Tetapi melihatkan perbuatan Afiqa tadi hatinya tercalar. Bukan kerana kepentingan diri sendiri tapi dia terguris dengan perbuatan Fiqa yang menggunakan kesuciaan Al-Quran dan memakai telekung untuk menutup kesalahannya itu daripada pandangan mata seorang manusia biasa.

Dari jauh, dilihat Fiqa sedang menangis. Mereka tidak mahu mendengar butir bicara antara Fiqa dan Madam Suzila. Kemudian Madam keluar daripada bilik mereka. Iman menggunakan saat itu untuk membimbing teman sebiliknya itu.

" Fiqa, boleh akak duduk sini? " Iman cuba menyapa lembut.

Fiqa hanya mampu mengangguk sambil menyapu kesan air mata yang membasahi pipinya itu.

" Boleh akak tau kenapa Fiqa warnakan rambut? Sebenarnyakan, sejujurnya akak cakap, akak nampak Fiqa lagi cantik dalam keadaan natural. "

" Fiqa terpengaruh kak. Kawan-kawan Fiqa kat luar semua macam ni. Keluarga Fiqa sendiri pun macam ni jugak. Macam mana Fiqa nak jadi baik. "

Afiqa menjawab perlahan tetapi Iman dapat merasakan nada penyesalan yang lahir dari sekeping hati yang suci milik Nurul Afiqa itu.

" Ok..akak faham keadaan Fiqa. Sebenarnyakan Fiqa, Fiqa kena bersyukur datang sini tau. Kalau Fiqa tak ditegur hari ni mungkin Fiqa masih lagi khayal dengan dunia luar yang penuh pancaroba tu. "

" Terima kasih kak. Tak tahu kenapa sekarang Fiqa rasa tenang sangat. Fiqa tau, Fiqa dah buat salah dan memang Fiqa menyesal sangat-sangat dengan perbuatan-perbuatan Fiqa dulu. Minta maaf ye Kak Iman sebab Fiqa tak pernah dengar teguran akak dan Kak Rina selama ni. "

" Takpe. Setiap yang Allah SWT tetapkan ke atas kita pasti ada hikmah. Yang penting, setiap penyesalan kita mesti diikuti dengan perbuatan kita yang baik, berazam dan berubah. Itu yang paling utama. "

" Insya Allah Kak Iman. Akak, tolong Fiqa ye. " Afiqa mula melakarkan senyuman.

" Boleh..boleh.. Insyaallah. Akak akan tolong sedaya mampu. Lagi satu, Fiqa kena ingat. Selagi kita tak lupakan Allah SWT insyaallah, Dia takkan lupakan kita. Semakin kita ditimpa ujian yang kadang-kadang membuatkan kita terduduk kaku,hati merintih hiba, itu tandanya kasih sayang Dia semakin kuat untuk kita. Lagipun Allah SWT telah berfirman bahawa Dia tidak akan membebani hambaNya melainkan apa yang termampu dipikul oleh hambaNya itu. "

" Terima kasih sangat-sangat Kak Iman sebab masih tolong Fiqa walaupun Fiqa dah buat macam-macam dalam bilik ni. "

Lantas dipeluknya Iman dengan erat. Setulus ikatan seorang muslim terhadap saudaranya.

***

5.45 am. Iman masih lagi berteleku disamping Al-Quran kesayanganya itu. Dia menunggu kedatangan ahli biliknya yang lain untuk mengimarahkan lagi suasana bilik mereka.

Derap langkah di belakangnya itu semakin hampir. Yasmin barangkali. Fikir Iman di dalam hatinya.

Dia duduk menyebelahi Iman selepas sejadah dihampar halus.

" Akak, nak solat sekali boleh? " Sapa Fiqa.

Terkejut Iman melihat kehadiran Fiqa disisinya.

" Eh..apa pulak tak bolehnya. Kita tunggu yang lain-lain sekejap ye. "

Afiqa mengangguk sambil tersenyum. Hati Iman berbunga ceria.

" Ya Allah, mudahnya Kau bukakan hatinya. Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang terhadap hamba-hambaMu ini. Tetapkan hati-hati kami di atas jalan yang lurus ini. Janganlah Kau pesongkan hati-hati suci ini sesudah hidayahMu mengunjungi. Amin. "

Hati kecil Iman tersenyum lagi.